Feeds RSS
Feeds RSS

Tuesday, September 30, 2008

aidilfitri~

salam... =)

cikijapnya masa berlalu..
sok dah 30 ramadhan..haish~
xrasa tol ramadhan kali ni..bz ke?
or buat2 bz?hikhik mn2 la korang nk define..
tp ramadhan mmg bwk byk ka ba ra kaf alif ta nun..ape tu?
kabarkatan ye kwn2..hikhik..

ramadhan ni byk bnda tejradi dlm idop aku..
tp de 1 kjadian aritu...ms tu aku tol2 sengkek la..
duit mmg hmpir kering..
dgn mggu tu nk tmn rumet soping..tp kkk aku pnah pesan,
dun weri, klu kita ikhlas wat pape, mst de je rzki..
n skali ms tu aku cek balance, ade plak duit masuk..thanx God..
that was a miracle for me..alhamdulillah... =)

n de gak yg xbpe best...tp aku anggap ja tu ujian..
Allah kn bg ujian pd slagi org tu mampu mnanganinya..
ujian aritu mmg berat..
aku terpksa berdepan ngn bnda yg xpnah terlintas d pikiran aku..huhu
tp pe yg org wt kita harus maafkan..
seburuk mn pon, kte dituntut maafkn..sedangkan nabi ampunkan kita ummat yg lalai..
sedangkan ALlah maha pengampun..sapa la kita nk hukum sesama ummat...kan2?

sempena syawal, lupakan la tu suma, bkk buku baru...
saling bermaafan...jgn dilulang kesilapan dlu..insyaAllah...

lagi plak nk raya ni...

Salam Aidil fitri kepada suma2~
maaf zahir & batin...


renungan menjelang aidilfitri~

Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith)

Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur

Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)

Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith)

1 comments:

hafizuddin said...

sok aye yeahh . . sok aye . . sok aye