Feeds RSS
Feeds RSS

Sunday, February 22, 2009

lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan sebaliknya

salam... =)

Di Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."


Ayat ini diturunkan bersempena dengan peristiwa "al-ifki", iaitu ketika Sayyidatina ‘Aisyah r.a. difitnah oleh puak-puak munafiq di Madinah telah melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu’attol.

Allah s.w.t. mempertahankan kesucian ‘Aisyah r.a. dan menegaskan bahawa jika benarlah ‘Aisyah itu jahat, masakan dia dapat mendampingi seorang manusia paling suci seperti Muhammad s.a.w. dan amat disayangi pula oleh baginda?

Pengajaran yang dapat diambil dari ayat ini ialah hubungan intim antara pasangan suami isteri itu hanya berlaku apabila wujud persamaan dari segi akhlak serta cara hidup. Orang yang mulia akhlaknya tidak akan bahagia di sisi orang yang jahat dan begitulah sebaliknya.

Tapi tidak menafikan adanya jodoh antara dua insan yang berbeza matlamat serta cara hidupnya seperti Asiah dengan Fir’aun dan pasangan-pasangan lain yang dapat kita saksikan sepanjang sejarah manusia. Semua itu adalah ujian.

aku teringat dlu kawan aku pernah bg feedback bila aku tanya dia kenapa x pilih ja gf dari geng2 dia..kawan aku ni cam geng2 ngn mat/minah rempit..dia kata " pompuan2 cmni boleh buat gf ja dzeti, tp bukan leh buat bini and emak untuk anak2 la"

seburuk mana orang pon, tapi bila nak memilih pasangan hidup, mesti cr yang terbaik kan.. laki or perempuan, sama ja.. yang laki mesti nak bakal isteri and ibu kepada anak2 dia cukup sempurna untuk menyandang jawatan tu.. n perempuan plak mesti nak yang terbaik untuk memilih pemimpin kepada dia dan anak2

n kakak aku pon pernah pesan, jangan la menolak seseorang yang baik, cuz susah untuk rezeki yang lebih baik tu dtg balik kat kita..tp xsemua yang baik tu dh cukup sempurna kan? bukan nak demand yang sempurna, cz diri ni pon x sempurna... cmna klu yang baik tu dtg, tp dia sedara kita, or dia milik orang, or dia mmg baik mcm tu kt semua org... kalau aku, aku xkan teragak-agak nak menolak ni semua.. dengan doa & harapan, Allah akan sediakan yang lebih sesuai dan baik..

Ya Allah, jika dia benar untukku
dekatkanlah hatinya untuk diriku
jika dia bukan milikku
damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu
dialah permata yang dicari
selama ini baru kutemui
tapi ku tak pasti rencana Ilahi
apakah dia kan kumiliki

Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu


Ya Allah,
jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu

8 comments:

sUe said...

sampai skrg kak sue tak faham dgn lelaki yg cakap macam itu:

"prmpuan sexy2 ni utk buat gf saja.buat geli2 saja.
nnt nak kawin baru cari yg elok2 perangai sikit."

masalahnya, ada ke prmpuan yg elok perangai yg nak kat diorg?

hurmmmmm.....

org kata:
jgn impikan isteri sesuci Fatimah
jika kamu juga tak semulia Ali.

ZirCon gurL said...

btol tu kak sue..dzeti pon pelik..
derang tu yg dzeti rs demand gle..
klu ms nk kawen totally erubah xpe gak, ni ntah la..
hope kte la dpt yg terbaik..

xi da ya said...

"Ya Allah,
jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu"

amin...

hafizuddin said...

biar kn la tott .. yg penting diri kite ni

mr cekodok said...

Tuhan lebih mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya

dan sekiranya Dia kurniakan kita dgn sesuatu

maka itu adalah terbaik buat kita

smua yg terjadi ada hikmah desebaliknya

=)

iNz said...

totally knock me off my feet zety..

seyes. post yg buat org berfikir seketika.

ai, sejak nak abes ni, dah jadi pemikir agung gamaknye...

ssh kn bile akal & hati tak sehaluan...

haih~

iNz said...

oh lagi satu,

org selalu membuat penilaian berdasarkan appearance. sedangkan hakikatnya appearance tu kadang-kala tidak menggambarkan peribadi seseorang seluruhnya.

bila seorang yg pendiam nmpk ala-ala baik being with someone yg nmpak gila2 & kasar, hampir semua bulatkan mate tak pecaye.

bila Allah dah tentukan sesuatu utk hambaNya, mesti lah tu yg terbaik kan?

kenape kite mesti nak menilai dgn neraca & timbangan mata kasar kita sedangkan kita pun x cukup sempurna.

ckp2 la kite bergosip & menjadi hakim tak berlesen pd org lain..

kn? ;)

ZirCon gurL said...

dayah- kte aminkan same2

apy- btol tu..yg pnting diri kte dlu..biarlah Allah yang menentukan

shuk- kalau Allah dah tentukan sesuatu untuk kita, pasti semua tu ada hikmahnya.sebagai manusia, kita nilailah guna akal yg diberikan
=)

nabila- org tulis ni sbb tergerak nk tulis je..hihi tp btol la, xsemua yg kita nmpk tu pasti..x semua yg kta judge tu benar.. waMakaRu WaMaKaruLLah WaLLaHuHaiRuL MaKiRiN.. =)