Feeds RSS
Feeds RSS

Friday, May 25, 2012

sebab & alasan


aku percaya semua orang pernah mencapai kejayaan
dan
aku percaya semua orang pernah mengalami kegagalan
dalam apa jua bidang; pelajaran, kerjaya, keluarga mahupun percintaan

aku juga pernah mengalami keduanya

suatu masa dulu, aku punya cita-cita
cita-cita yang aku kira tinggi menggunung
cita-cita yang ku mimpikan atas dasar "comfort zone" aku aku lalui

sejak kecil, aku kira perjalanan hidupku amat mudah tetapi "excellent"!
tamat "primary school", aku berpeluang ke sekolah asrama penuh
tamat "high school", aku berpeluang ke matrikulasi
aku kira ini semua sudah cukup "lucky" walaupun aku tak berpeluang ke "oversea"!

tamat matrikulasi, aku ditawarkan ke satu universiti yang pada ketika itu dikagumi (i guess so)
di mana, kemasukan ke universiti itu memerlukan proses "interview" bagai
dan di universiti, aku ditawarkan biasiswa di mana hanya aku (dalam 'batch' aku) yang dapat
dan aku "graduated" dengan "result" yang sederhana
yang aku kira berbekalkan "result" itu, aku mampu mendapat apa yang aku impikan

bukankah kehidupan itu begitu selesa???

tetapi seharusnya kita ingat, perancangan Allah itu lebih baik dari apa yang kita impikan!

aku rasa aku jatuh teruk di kala aku tidak mendapat kerja yang aku impi-impikan
aku rasa remuk bila gambaran gaji yang aku kejar tidak akan aku dapat walaupon separuh dari itu!

dan hanya Allah yang tahu derita itu masih berbekas hingga ke hari ini
hanya Allah tahu, aku baru belajar untuk hidup di saat itu..
malah.... hanya Allah tahu yang itu adalah TERBAIK untukku walau pada hakikatnya, aku pasrah
dan.. pasrah itu menyerah

tetapi... itu semua dulu...

sekarang, aku yakin bahawa Allah telah memberi aku pengajaran hidup yang tak akan aku dapat walau sejauh mana aku pergi dan setinggi mana aku berada

dan sekarang, aku mula tertanya sendiri...
'untuk apa aku inginkan kerja seperti itu'
'untuk apa aku kejar angka-angka duit itu'
'dan sampai bila aku harus terus mengejar yang kalau bukan itu milikku & terbaik untukku'

apa yang aku pasti...
"Innama'amalu, binniat" : sesungguhnya sesuatu amalan itu adalah bergantung kepada niat

sebelum terlambat, ayuh bermuhasabah..
tanyalah diri, apa dan KENAPA
biarlah apa yang dilakukan setimpal dengan bekalan untuk ke akhirat...

dan yakinlah, Allah tidak pernah mengatakan tidak kepada doa-doa kita..
jika doa itu tidak dimakbulkan hari ini, mungkin esok..
jika tidak esok, mungkin nanti..
dan jika tiada nanti, Allah gantikan dengan yang lebih baik..

bersangka baiklah dengan Allah

11 comments:

eira eixora said...

zeti, saya masih berperasaan seperti awak yang dulu tu. walaupun sebenarnya saya tak nak fikir lagi =(

ZirCon gurL said...

anis, saya rasa budak2 batch kita xkan terlepas dgn perasaan ni..
cuma skrg saya rs kita perlu move on walaupon masih berbekas..huhu

syuki said...

Dzeti Farhah, kita selalu berada dalam comfort zone, selalu rasa selesa dengan apa yang kita ada. Mungkin kita terlupa semua tu dari Tuhan yang maha Memiliki Segala sesuatu. Lantas, sedikit demi sedikit, Dia tarik balik nikmat tu. Lantas kita terus terkapai-kapai, terus kecewa yang amat sangat.
Ujian yang Allah turunkan tu, untuk kuatkan hati kita, untuk matangkan kita. Mungkin secara zahirnya, hidup kita tak macam orang lain, mungkin orang lain dah kahwin, dah ada famili sndiri. Sedangkan kita masih tercari-cari. Tak pe, itu secara zahirnye, dalam hati, hanya kita dan Tuhan yang tahu. Mungkin kita lebih bahagia dari mereka.
Walau apapon, kita kena didik dan ajar hati kita supaya redha dengan takdir Tuhan. Dan berdoa agar bila ditimpa kesusahan dan kesempitan itu, kita mampu hadapinya dan takkan jatuh teruk macam dulu lagi.
Orang pon tiap ari pujuk hati dan doa selalu. Allah tak pernah abaikan doa hambanya, cuma tunggu masa yang sesuai.
biarkan je hati yang berbekas tuh, yang penting, teruskan hidup. Just my 20cent

ZirCon gurL said...

syuki... suka sgt komen kamu! sgt simple, but yet meaningful!!!
hanya org yg melalui ni sume akan paham segalanya..miss u syuk..nk borak2 kat bilik korg.. :(

Mrs. Norrie said...

terasa tusukan dikalbu bila baca entry nih....nice

salam ukhwah...

ZirCon gurL said...

@mrs norrie - salam ukhuwah =)

Azwar Rangkuti said...

nice words

Azwar Rangkuti said...

nice entry :)

abe uday said...

nice entri..

eLitius Affiliate Program

Noorul0206 said...

Best terkena btg hidung sendiri..hehehhehe.leh ambil x..tq

ZirCon gurL said...

Bole silakan :)