aku percaya semua orang pernah mencapai kejayaan
dan
aku percaya semua orang pernah mengalami kegagalan
dalam apa jua bidang; pelajaran, kerjaya, keluarga mahupun percintaan
aku juga pernah mengalami keduanya
suatu masa dulu, aku punya cita-cita
cita-cita yang aku kira tinggi menggunung
cita-cita yang ku mimpikan atas dasar "comfort zone" aku aku lalui
sejak kecil, aku kira perjalanan hidupku amat mudah tetapi "excellent"!
tamat "primary school", aku berpeluang ke sekolah asrama penuh
tamat "high school", aku berpeluang ke matrikulasi
aku kira ini semua sudah cukup "lucky" walaupun aku tak berpeluang ke "oversea"!
tamat matrikulasi, aku ditawarkan ke satu universiti yang pada ketika itu dikagumi (i guess so)
di mana, kemasukan ke universiti itu memerlukan proses "interview" bagai
dan di universiti, aku ditawarkan biasiswa di mana hanya aku (dalam 'batch' aku) yang dapat
dan aku "graduated" dengan "result" yang sederhana
yang aku kira berbekalkan "result" itu, aku mampu mendapat apa yang aku impikan
bukankah kehidupan itu begitu selesa???
tetapi seharusnya kita ingat, perancangan Allah itu lebih baik dari apa yang kita impikan!
aku rasa aku jatuh teruk di kala aku tidak mendapat kerja yang aku impi-impikan
aku rasa remuk bila gambaran gaji yang aku kejar tidak akan aku dapat walaupon separuh dari itu!
dan hanya Allah yang tahu derita itu masih
hanya Allah tahu, aku baru belajar untuk hidup di saat itu..
malah.... hanya Allah tahu yang itu adalah TERBAIK untukku walau pada hakikatnya, aku pasrah
dan.. pasrah itu menyerah
tetapi... itu semua dulu...
sekarang, aku yakin bahawa Allah telah memberi aku pengajaran hidup yang tak akan aku dapat walau sejauh mana aku pergi dan setinggi mana aku berada
dan sekarang, aku mula tertanya sendiri...
'untuk apa aku inginkan kerja seperti itu'
'untuk apa aku kejar angka-angka duit itu'
'dan sampai bila aku harus terus mengejar yang kalau bukan itu milikku & terbaik untukku'
apa yang aku pasti...
"Innama'amalu, binniat" : sesungguhnya sesuatu amalan itu adalah bergantung kepada niat
sebelum terlambat, ayuh bermuhasabah..
tanyalah diri, apa dan KENAPA
biarlah apa yang dilakukan setimpal dengan bekalan untuk ke akhirat...
dan yakinlah, Allah tidak pernah mengatakan tidak kepada doa-doa kita..
jika doa itu tidak dimakbulkan hari ini, mungkin esok..
jika tidak esok, mungkin nanti..
dan jika tiada nanti, Allah gantikan dengan yang lebih baik..
bersangka baiklah dengan Allah