Feeds RSS
Feeds RSS
Showing posts with label motivasi diri. Show all posts
Showing posts with label motivasi diri. Show all posts

Friday, May 25, 2012

sebab & alasan


aku percaya semua orang pernah mencapai kejayaan
dan
aku percaya semua orang pernah mengalami kegagalan
dalam apa jua bidang; pelajaran, kerjaya, keluarga mahupun percintaan

aku juga pernah mengalami keduanya

suatu masa dulu, aku punya cita-cita
cita-cita yang aku kira tinggi menggunung
cita-cita yang ku mimpikan atas dasar "comfort zone" aku aku lalui

sejak kecil, aku kira perjalanan hidupku amat mudah tetapi "excellent"!
tamat "primary school", aku berpeluang ke sekolah asrama penuh
tamat "high school", aku berpeluang ke matrikulasi
aku kira ini semua sudah cukup "lucky" walaupun aku tak berpeluang ke "oversea"!

tamat matrikulasi, aku ditawarkan ke satu universiti yang pada ketika itu dikagumi (i guess so)
di mana, kemasukan ke universiti itu memerlukan proses "interview" bagai
dan di universiti, aku ditawarkan biasiswa di mana hanya aku (dalam 'batch' aku) yang dapat
dan aku "graduated" dengan "result" yang sederhana
yang aku kira berbekalkan "result" itu, aku mampu mendapat apa yang aku impikan

bukankah kehidupan itu begitu selesa???

tetapi seharusnya kita ingat, perancangan Allah itu lebih baik dari apa yang kita impikan!

aku rasa aku jatuh teruk di kala aku tidak mendapat kerja yang aku impi-impikan
aku rasa remuk bila gambaran gaji yang aku kejar tidak akan aku dapat walaupon separuh dari itu!

dan hanya Allah yang tahu derita itu masih berbekas hingga ke hari ini
hanya Allah tahu, aku baru belajar untuk hidup di saat itu..
malah.... hanya Allah tahu yang itu adalah TERBAIK untukku walau pada hakikatnya, aku pasrah
dan.. pasrah itu menyerah

tetapi... itu semua dulu...

sekarang, aku yakin bahawa Allah telah memberi aku pengajaran hidup yang tak akan aku dapat walau sejauh mana aku pergi dan setinggi mana aku berada

dan sekarang, aku mula tertanya sendiri...
'untuk apa aku inginkan kerja seperti itu'
'untuk apa aku kejar angka-angka duit itu'
'dan sampai bila aku harus terus mengejar yang kalau bukan itu milikku & terbaik untukku'

apa yang aku pasti...
"Innama'amalu, binniat" : sesungguhnya sesuatu amalan itu adalah bergantung kepada niat

sebelum terlambat, ayuh bermuhasabah..
tanyalah diri, apa dan KENAPA
biarlah apa yang dilakukan setimpal dengan bekalan untuk ke akhirat...

dan yakinlah, Allah tidak pernah mengatakan tidak kepada doa-doa kita..
jika doa itu tidak dimakbulkan hari ini, mungkin esok..
jika tidak esok, mungkin nanti..
dan jika tiada nanti, Allah gantikan dengan yang lebih baik..

bersangka baiklah dengan Allah

Friday, October 7, 2011

H.A.T.I


sesungguhnya dalam hati ada koyakan yang tak bisa dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah.

 dalam hati ada kesepian yang tak dapat diubat kecuali dengan menyendiri bersama Allah.

dalam hati ada kegelisahan yang tak mampu ditenangkan melainkan dengan berhimpun kerana Allah.

dalam hati ada api yang tak mampu dipadamkan melainkan redha dengan keputusanNya diiringi dengan kesabaran menunggu saat bertemu dengannya.



::duhai hati, jangan terus mati::

Tuesday, October 4, 2011

appreciate!

never LOVE a LOVE that HURT...

never HURT a LOVE that LOVE...

i really like this quote...

do appreciate who LOVES you... and return their LOVE infinitely...

just don't praise too high for uncertain LOVE.... you might hurt at the end of the road...

appreciate peoples around you...

you'll never regret!!!!

Tuesday, August 23, 2011

kaf ba ra kaf alif ta nun


Ramadhan,
kedatanganmu dinanti... pergimu ditangisi...

sedar x sedar, ada 7 hari lagi sebelum berlalunya Ramadhan 1432 ni...

mungkinkah ini Ramadhan yang terakhir buat ku?

apapun, aku sentiasa mengharapkan keberkatan dalam kehidupan seharianku..

semoga lenyapnya dosa2 ku bersama Ramadhan yg akan berlalu...

semoga amalan2 aku diterima berterusan...

........

mungkinkah ini rezeki Ramadhan ku kali ini?

hanya Kau yang Maha Mengetahui...

semoga rezekiMu ini memberi lebih KEBERKATAN kepadaku kelak...

Engkau yg Memulakan, dan Engkau juga yg Mengakhirkan....

aku berdoa agar semuanya dipermudahkan... dan semuanya untuk kebaikan...


Ya Allah,
aku memohon kecukupan yang tidak lagi terpaksa aku meminta jasa dr orang lain...
Jangan Engkau biar nasib ku ditentukan oleh diriku sendiri, walaupun dengan kadar sekelip mata...
tentukanlah kebaikan di mana sahaja aku berada..
sesungguhnya, Engkaulah yg memudahkah sesuatu yg susah....


Thursday, August 5, 2010

update

بسم الله الرحمن الرحيم

setelah sekian lama...

persekolahan bermula

+
             
kerja

 =

saya sangat sibuk...

byk benda mau cerita....

to make it simple,
i'm happy with my life now.... 

there are ups and downs,
but, I want to live my life to the fullest...

jadi, kena hadapi dengan tabah segala dugaan & ujian

=)

Tuesday, February 9, 2010

pemikiran kita

Salam...

manusia...
yes... kita la manusia..
sebaik2 kejadian itu adalah manusia kan...

"Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik baik kejadian" (At-Tin: 4 )

Manusia merupakan makhluk yang paling istimewa yang diciptakan oleh Allah S.WT kerana dianugerahkan akal yang membezakan dengan makluk yang lain

tp aku pelik... kenapa manusia sesama manusia itu sendiri selalu berprasangka...
kenapa senang sgt manusia memikirkan yang -ve psl manusia lain?
kenapa yg +ve tu susah sgt nak singgah di pikiran manusia?
walaupon itu saudara terdekat mereka... kawan rapat... atau mungkin keluarga sendiri...

itukah fungsinya akal?
bukankah akal itu berfungsi untuk membezakan yang baik dan buruk?
yang hak & yang batil?

ya...aku juga manusia... juga x terlepas dr prasangka2..
sebab kita manusia xkan pernah terlepas dr godaan syaitan

Allah berfirman, ertinya : "Iblis menjawab : Beri tangguhlah aku sampai waktu mereka dibangkitkan. Allah berfirman : Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh. Iblis menjawab : Kerana Engkau menghukum aku tersesat, aku benar-benar akan ( menghalang-halang ) mereka dari jalan Engkau yang lurus kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakan mereka, dari kanan dan dari kiri mereka dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakkan mereka bersyukur ( taat )." ( Al-A'raf : 14-17 )

tp Allah masih memberi kita akal untuk menangkis semua godaan itu...
mmg bukan senang untuk berfikiran yang baik2 terhadap org lain, tetapi sekurang-kurangnya kita harus mencuba...
kalau kita biasakan diri dengan +ve thinking, insyaAllah apa yang kita lihat semuanya menjadi +ve...

-ve thinking, -ve thought...
hanya akan membawa keburukan yang lebih banyak dr kebaikan...
dgn attitude ni, hati pon xakan tenang...

oleh itu, byk2 la berfikiran +ve..
kadang2 apa yg kita dengar & nampak itu mungkin hanya permukaan, bukan lagi isi2...
sebelum bertindak & berfikir lebih jauh, kita sepatutnya kaji terlebih dahulu..
jgn membuat kesimpulan membabi buta...


*pesanan utk semua dan juga diri sendiri*


Thursday, May 14, 2009

pesanan

salam... =)

terjumpa ini d cni

jum renung2

sesuai utk tatapan bakal2 graduate dan juga yg telah graduate mahupun single, available or married

ngee~ =D

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan?

cuba kita lihat…dan manakah pilihan kita???


- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX,maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidurnya tidak memuaskan

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrup

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN,
pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN,
pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA
melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH

"Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai. Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah. Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM. Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman.."

Tuesday, March 31, 2009

layanan

salam...

tiba2 teringat coversation antara mmbe2 suatu ketika dlu..

E: sng ea jd cm awk, layan baik2 kt org pon, xde org nk slh phm..
F: ntah la E..stakat ni xde la..alhamdulillah..
E: tp cmne ea klu nk layan tu xnak bg org slh phm?
F: erm.. jgn la baik sgt.. cm berpada2.. n lyn cm lyn kengkawan lain gak.. jgn bg ada beza..
E: ooo..tp klu jumpa org cpt prasan susah la kan..
F: haha..klu cpt prasan, lantak dia aa.. jnji niat kita betul..
E: tp klu lebey sket je mst cpt prasan..huhu
F: susah tu.. tp klu dah ke arah tu, pndai2 ingt la.. cba avoid sket2.. bkn xmo kwn, tp xmo bg hrpn..kan2?
E: erm..tol gak tu.. *sigh*

perbualan derang kat atas ni berkisar ttg layanan antara lain2 jantina..
susah kan klu bkn jantina yg sama tp rpt sgt ni nk remain frens..
tp x boleh ke kalau kwn tu nk care mcm dia care kt kwn2 yg lain?
knapa mesti ada slh phm d ctu?

haish..aku pon xphm..
laki ke..pompuan ke.. klu dpt lynn lebey sket dr opposite sex mesti akan rs lain..
xboleh ke kalau pk yang derang tu mcm kwn2 yg lain gak?
n org tu gak sememangnya x berniat nk permainkan perasaan..
they do care n concern as a fren.. not more than that..
tp cmne nk wt sume org pk cmtu ea?

aku ngaku..aku jenis yg xkisah berkawan..
laki pmpuan, asal le wat mmbe, sume aku nk jdkan mmbe aku
cz xrugi kan berkawan ramai2.. somehow we'll get d benefit..

n mmg dr skolah aku ramai kawan laki..
especially dak2 dr kelas2 belakang.. i mean yg kurang pndai..
cz derang ni, xramai dak2 dr kelas sains yg nk kawan..
aku xmo di-cop-kan budak pndai (even xla pndai mn) tp sombong
aku x ske akan gelaran cmtu.. gelaran yg dak2 sains 1 dpt ms skolah..
n derang2 ni lak sempoi gle.. xla skema je cm dak2 pndai kan.. hihi
so pndai2 la kwn ngn derang..
bkn niat nak menggatal or dpt perhatian ke..

tu zmn budak2..but xde lak slh phm pon...
tp ble dah umo makin meningkat, cm lg ade plak pemikiran cmni..
pemikiran yg teruja bila org layan kte lebey sket..

so aku kt cni nak nasihatkan kt sape2 yg rs dirinya excited ble dpt layanan cmni, kurangkanlah rs excited kamu tu..
mungkin kamu hanya di antara kawan2 dia yg dia syg sbg KAWAN..
pesanan ni juga utk peringatan kpd diri sendiri..huhu

Wednesday, March 11, 2009

jangan harapkan teman setampan yusof jika kasih x setulus zulaikha

salam...

ntah knapa..asal tgk tv je..byk tol cte laki2 yang baik..
daku mau juge~huhu
tp layakkah diri ini?..sob2..

"Lelaki idaman…

Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu
daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa
"

~taken from here~

surah al-furqan ayt 74..
mksudnya..
'Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati(kami) dan jadikan lah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa'..




"Ya Allah, kurniakanlah aku seseorang yang akan menyempurnakan diri yang serba kekurangan ini..."


Sunday, March 8, 2009

xboleh ke yang baik itu untuk yang baik?

alkisah...

zali, seorang penternak kambing yang juga hanya orang kampung memiliki ciri2 yang sgt diidam2kan oleh semua perempuan..
dia seorang yang soleh, taat kpd Allah dan juga ibu bapanya..

dalam diam, dia diminati oleh seorang gadiz kampung, maria yang juga kawan baiknya dari kecil..
maria juga seorang gadiz yang diidamkan lelaki mungkin..
amat sesuai digandingkan bersama zali..

tp jodoh pertemuan, ajal maut..semuanya di tanganNya..

zali telah dijodohkan dengan myra, seorang gadiz bandar gara2 perjanjian ayah masing2..
personaliti myra jauh sekali berbeza dengan zali..
myra berasal dari keluarga yang sgt kaya..
myra bebas keluar malam dan menghadirkan diri di club2 di KL
mabuk, club, lelaki..semua adalah perkara biasa bg myra..
semuanya di luar pengetahuan ibu bapanya..

tentang perjanjian ayahnya, zali hanya berserah..
baginya, apa yang terbaik utk kedua ibu bapanya, dia tetap akan akur walaupon tidak dipaksa oleh ayahnya..

tetapi, bg myra, dia sebolehnya menentang tentang pejanjian ayahnya yang juga kolot baginya tentang "arranged marriage"
tetapi, dia x mempunyai kekuatan untuk melanggar perintah ayahnya yang tegas itu..

tanpa diduga..myra mengandung anak luar nikah..
dia menyatakan hal itu pada zali..
tetapi zali tetap menerima myra sbg isteri dgn hati yang terbuka
hanya untuk menutup malu keluarga myra dan juga myra..

tapi alam perkahwinan zali bukanlah seperti yang diidam2 kannya..
myra bukan setakat xmenghormati zali sbg suami walaupon zali telah bekorban utknya..
tp tempat tidur zali juga bukan di sisi myra
hanya di atas lantai depan katil myra yang bersaiz 'king' itu..

zali hanya mampu bersabar..
dia menurut semua nasihat dari kedua ibu bapanya..
tidak pernah sekali dia meninggikan suara untuk menegur myra..
teguran zali yang begitu mendamaikan disambut dingin oleh myra
dan dalam keadaan marah, myra terjatuh tangga dan keguguran..

tetapi, walaupon belum tamat tempoh 'pantang' myra, dia tetap hadir ke club2..

satu malam,
zali: awak nak ke mana ni myra?
myra: eh, suka hati saya la..
zali: dah pukul 11 malam ni..esok ajelah jumpa..
myra: sejak bila awak pandai nak menegur saya ni?
zali: kalau mcm tu, meh saya hantarkan awak k?
myra: X PAYAH!!!

dalam keadaan mabuk, myra telah terlibat dlm kemalangan..
yang menyebabkan dia patah tgn dan sebagainya
zali, seorang suami yg mulia, tetap menjaga myra seikhlas hatinya..

sejak kejadian itu, myra telah berubah..
tetapi sygnya, utk kali pertama mereka solat berjemaah..
zali meninggal dunia sebaik memberi salam kedua...
tetapi myra bersyukur kerana sempat mengandungkan anak zali.....

-TAMAT-

RINDU BERTASBIH..
cerita yang baru aku tgk td..cerekarama tv3
amat menyentuh perasaan k!!!

zali...lelaki yang terlalu baik..
tetapi, dia dapat isteri yang terlalu jauh darjatnya..
dr segi harta, maupun agama...
mungkin dia menolak jodoh yang baik (maria) dia mendapat jodoh begitu..
tapi, kehendak ibu bapa didahulukan..bukankah itu lebih mulia?

"lelaki yang baik itu adalah untuk perempuan yang baik..dan sebaliknya.."

ini yang sering kita perkatakan kn?
tp rencana Allah tu maha adil..
lelaki sebaik zali..dijodohkan dengan perempuan seperti myra..
di mana silapnya zali??
tetapi, jodoh mereka mengubah segalanya tentang myra..

bukankah perkahwinan itu untuk melengkapkan pasangan masing2?
inilah yang mahu ditonjolkan penerbit..

dan x semua arranged marriage tu x bahagia..
kadang2 kita terlupa yang emak dan ayah kita makan garam terlebih dahulu
kadang2, mereka nampak apa yang terbaik untuk kita yang kita sendiri x sedar..
berdoalah..Allah itu Maha Mendengar...

ada 1 hadith untuk kita renung2kan
bunyinya lebih kurang cmni...
"x mengapa jika kakimu sakit..tapi bukan hatimu..kerana, jika kakimu yang sakit, mungkin kamu hanya tidak dapat berjalan..
tetapi jika hatimu sakit..kamu mungkin xakan menemui kebahagiaan..."


*Ya Allah, kurniakanlah aku lelaki seperti ini untuk melengkapkan diri hambaMu yang
serba kekurangan ini...*